-->
SELAMAT DATANG KE BLOG SMK SERI TANJONG, MELAKA....eSTAGKITA

PROGRAM BAKAT


 Saban tahun, anak-anak didik eSTAGKITA tampil cemerlang menampilkan bakat kreatif mereka dalam pertandingan koakademik khususnya yang berkait rapat dengan gabungan mantap alat-alat muzik dan bunyi-bunyian serta gerak langkah tubuh badan. Maka, lahirlah, sub- program Kluster Pengurusan Kokurikulum diberi nama Bakat Kesenian Anak Tanjong atau akronimnya, BAKAT bertemakan Menjana Minda Kreatif. Pelbagai aktiviti digerakkan secara berterusan mingguan dan bulanan bertitik tolak daripada  pemilihan para peserta dan latihan secara konsisten. Hakikatnya, bakat terpendam anak-anak eSTAGKITA dicungkil dan dibajai dengan penuh kasih sayang secara konsisten mengikut kebolehan masing-masing untuk menyertai pertandingan di peringkat kawasan, daerah, negeri dan kebangsaan, serta antarabangsa. Antaranya yang begitu menyerlah ialah acara Bicara Berirama selaku etos sekolah dan acara tarian.