Program Laman eSTAGKITA adalah satu program murni untuk membantu usaha warganya memelihara dan memulihara alam sekitar selain mewujudkan situasi persekitaran yang kondusif, santai, interaktif dan bermaklumat serta berkonsepkan agropelancongan dan ekopelancongan di peringkat sekolah. Dalam hal ini, hakikatnya, konsep serampang dua mata diaplikasikan iaitu suasana kehijauan flora dan fauna tetap dikekalkan selain wujudnya usaha menggalakkan penggemblengan tenaga warga sekolah untuk menceriakan kawasan persekitaran melibatkan halaman persekitaran blok bangunan dan wakaf ilmu. Dalam hal ini, program ini berkait rapat dengan kesinambungan program di peringkat sekolah, daerah, negeri dan tidak ketinggalan Eco Green peringkat antarabangsa untuk perkembangan pendidikan alam sekitar. Sehubungan itu, idea program Kelestarian Alam Kita (Go Green) mampu direalisasikan berkat kerjasama warga eSTAGKITA agar program berkaitan alam sekitar dapat diperkasa bukan sahaja di peringkat sekolah, malah, dapat juga dilaksanakan di peringkat global.
LAMAN SEKOLAH